Friday, 5 January 2018

.....Sighs Of A Survivor / Keluh Kesah Seorang Survivor .....

 
 
 
Saya telah mendapat gelaran "Survivor" pada 26.6.2009. Kini saya telah memegang gelaran tersebut selama lapan tahun setengah. Sepanjang tempoh tersebut, saya telah menjalani kesemua rawatan yang di wajibkan, serta menghadiri setiap sesi 'follow-up' dengan pakar perubatan serta pegawai-pegawai perubatan yang bertauliah. Saya juga telah menjalani ujian mammogram serta ultrasound, secara berkala. Oh ya, saya telah dianugerahkan penyakit ini oleh Allah SWT, kerana saya mempunyai 'a strong family history'. Saya berasa bersyukur kerana telah dianugerahkan dengan dugaan ini, kerana saya percaya, "Allah SWT only tests His strongest soldiers."
 
Sunnguhpun, saya mempunyai kekuatan yang tersendiri, saya tidak boleh nafikan bahawa adakalanya, saya akan berasa sungguh 'depressed'. Disetiap ambang tahun baru, perasaan saya akan menjadi bercelaru.....kegembiraan dan kesedihan akan bercampukaduk! Dan pastinya, air mata akan bergenang-genang, menanti saat untuk tumpah ke bumi.
 
 Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah hambamu ini kekuatan dan kesabaran yang berterusan. Amin, Amin Ya Rabbal Alamin!
 
 
 
 

 

  


No comments:

Post a Comment